Wednesday 25 May 2016

Filled Under:

GADIS C0MEL INI BERTANYA DI TWITTER KENAPA LELAKI KENA SUNAT DAN INI ADALAH JAWAPAN MENGEJUTKAN DARI USTAZ !!!


        Gadis C0mel Ini Bertanya Di Twitter Kenapa Lelaki Kena Sunat Dan Ini Jawapan Ustaz Yang Mengejutkan!








        CIKGU, APA ITU SUNAT?

        "Cikgu, apa itu sunat?" tanya Liling [bukan nama sebenar].

        Saya tergamam. Saya lihat wajah pelajar Tingkatan 1 berbangsa Cina itu. Ternyata dia serius nak tahu.
        Tatkala pelajar-pelajar lain sibuk menyalin s0alan Bahasa Inggeris daripada papan tulis, tiba-tiba dia berbisik kepada saya s0alan tersebut dalam bahasa Mandarin.

        "Mana kamu dengar perkataan itu?" saya meminta kepastian daripadanya.

        "Zul kata lelaki kena p0t0ng benda mereka tu dengan pisau," kata am0i itu lagi.

        "Cikgu, Zul tak malu betul, benda tu pun dia nak bagitau mereka," celah si Amin yang duduk di hadapan Liling.

        "Dia yang nak tahu, saya ceritalah!" jawab Zul pula.

        Saya mula membilang dari 1 ke 10... sabar, sabar..

        'Cikgu, betul ke kena p0t0ng?" perasaan ingin tahu Liling meluap-luap.

        Saya menarik nafas panjang. Mau tak mau, perlu jawab. Kalau tidak, lagi bising kelas itu nanti.
        Tapi bagaimana nak jawab, pada waktu singkat begitu?

        "Sunat adalah untuk lelaki Islam, mesti buat semasa di sek0lah rendah," saya jelaskan.
        "Kena p0t0ngkah kulit?"

        "Sikit saja," saya cuba menahan ketawa. Buat wajah selamba sambil menjawab seringkas yang b0leh.
        "Tak sakit ke?"



 

        "Sikit saja, macam semut gigit. Sekarang biasanya dilakukan di klinik, dengan pisau kecil saja, Nak jadi lelaki, kenalah berani," saya senyum padanya.

        "Tapi.. kawan saya se0rang perempuan, dia kata dia kena sunat juga," Liling semakin hairan.
        "Ada perempuan yang disunat juga, tetapi ketika dia masih bayi kecil. Perempuan tak wajib, tapi lelaki wajib laluinya. Kalau tak sunat, lelaki Islam tak dapat sembahyang dengan sempurna, kerana dianggap masih tidak bersih."



        "00000..." Liling mengangguk faham. Kelihatan dia berpaling dan berbisik dengan kawannya.

        "Cikgu, kenapa ckgu pakai tudung panjang [labuh]?" tanya Liling lagi beberapa minit kemudian, masih dalam bahasa Mandarin, sedangkan dia sebenarnya b0leh berbahasa Inggeris.

        "Nak tutup ni," saya jelaskan sambil tangan dihalakan ke arah dada. Juga dalam bahasanya.
        "Cikgu lain, ramai yang pakai tudung pendek saja?"

        "Tudung mesti tutup dada," saya ulangi lagi sambil tersenyum.
        "0k."
        Amin menyampuk,"Cikgu, saya tak faham 100% apa cikgu cakap tu tapi saya setuju. Cakap cikgu b0leh percaya, tapi cakap Zul tak b0leh percaya sebab dia banyak kelent0ng."
        Ketika itulah, saya hampir tak tahan, nak gelak kuat-kuat.

        Pening. Ada sahaja s0alan yang tidak berkaitan dengan subjek yang saya ajar ditujukan 0leh para pelajar. Maklumlah saya sahaja guru yang berbangsa Cina, b0leh berbahasa Cina H0kkien dan Mandarin tetapi beragama Islam di sek0lah. Ia secara tidak langsung menjadikan saya se0lah-0lah tempat rujukan untuk apa-apa sahaja berkaitan dengan Islam, yang ingin diketahui 0leh pelajar Cina.

        Mereka lebih selesa bertanya dalam bahasa Cina kerana tidak akan difahami 0leh pelajar bangsa lain.
        Ini bukanlah sesuatu yang saya jangka akan berlaku apabila saya memulakan tugas di sek0lah tetapi nampaknya, ia bakal menjadi satu tanggungjawab yang perlu saya pikul dengan berhati-hati, insyaAllah.







0 comments:

Post a Comment